Dear Followers :)

Kapel VS Kawan

Hari ini, aku nak buat comparision yang tidak bias iaitu kapel dengan kawan. Enjoy.

Kapel
Kena pandai ayat sweet, tak boleh guna ayat kasar, intonasi kena jaga, mencarut apatah lagi?
Kawan
Tak kisah walau seteruk mana gaya bahasa, mencarut itu menjadi satu kewajipan.

Kapel
Kena pandai buat bajet kapel bila keluar bersama, nak buat pra-rumah tangga la katakan.
Kawan
Saling kopak-mengopak duit member.

Kapel
Kalau tak puas hati, clash
Kawan
Kalau tak puas hati, mengumpat atau gaduh di belakang surau. YAGDISH!

Kapel
Nak kapel, kena pandai usha, cari secret admirer lepas itu buat declaration lagi. proses hantar surat/sms. Panjang prosesnya, macam nak bukak akaun BSN.
Kawan
Pakcik driver bas yang baru sembang lima minit pun sudah dinggap kawan

Kalau rapat gila?
Kapel
"tengok tu, sweetnya diorang berdua....macam citer korea la"
Kawan
"biasalah, sekarang dah berapa banyak homoseksual kat luar sana tu"

Kapel
Boleh keluar berpasangan sahaja. Kalau sampai bertiga tu dah pelik la.
Kawan
Keluar sampai 50 orang pun tak kisah. Istilah one pack namanya tu.


Kapel
Nak sembang, sweet talking kat kedai mahal seperti secret recipie, chilliesw dan restoran mahal lain. Kalau tak emamng kena dump, tiada 'class'.
Kawan
Sembang mana-mana pun boleh, bahkan di tandas sekalipun.



No comments:

Post a Comment